Bukan sekadar kisah najis dalam tong sampah

Ibu bapa sepatutnya sedar perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan di tempat awam kerana ini bukan budaya yang normal. Foto hiasan janaan AI
Ibu bapa sepatutnya sedar perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan di tempat awam kerana ini bukan budaya yang normal. Foto hiasan janaan AI
A
A
A

KISAH ibu bapa membantu atau membiarkan anak mereka membuang air kecil atau besar di tempat awam bukan perkara baharu.

Terbaru, satu rakaman tular menunjukkan seorang kanak-kanak dipercayai dibantu membuang air besar ke dalam tong sampah walaupun tandas berada berhampiran.

Ada yang mendakwa keluarga tersebut bukan rakyat Malaysia, sebaliknya pelancong dari luar negara.

Merak Jalanan terus rasa sakit kepala melihat gelagat aneh ini kerana ia bukan perkara boleh diterima akal, malah sesuatu yang di luar norma.

Sejak kecil kita diajar untuk membuang air di tandas, menyiram dan mencuci tangan. Ironinya, ibu bapa itu sendiri mengajar perkara sebaliknya kepada anak kecil yang sedang membesar.

Buat ibu bapa tersebut, mereka sepatutnya sedar perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan di tempat awam kerana ini bukan budaya yang normal.

Dalam masa sama, Merak Jalanan ingin menegur tindakan segelintir orang kita, khususnya di media sosial, yang menghina sesuatu bangsa kerana perbuatan individu tidak mewakili keseluruhan kelompok.

Begitu juga dengan wajah kanak-kanak tersebut yang tidak sepatutnya dijadikan bahan hinaan di media sosial kerana dia tidak mengetahui apa yang berlaku ke atas dirinya.

Dalam masa sama, kita perlu sedar bahawa memaparkan wajah kanak-kanak di media sosial tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga boleh menjadi satu kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Apa yang Merak Jalanan boleh katakan, di sebalik kesalahan yang ramai anggap salah melalui video tular ini, terdapat juga kesalahan lain yang dilakukan oleh pengkritik.

Jangan jadi seperti satu jari menuding ke arah kesalahan orang lain, sedangkan empat jari lagi menuding ke arah diri sendiri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!