Gempa bumi magnitud 6.7 landa tenggara Kepulauan Loyalty - USGS

HONG KONG - Gempa bumi bermagnitud 6.7 menggegarkan kawasan tenggara Kepulauan Loyalty pada 14.45 GMT Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Xinhua.
Pusat gempa yang berada pada kedalaman 10 kilometer pada awalnya dikesan pada kedudukan 23.00 darjah selatan dan 171.40 darjah timur. -Bernama/Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
