Remaja Malaysia ditahan di Hong Kong bawa 3kg bunga ganja dipercayai keldai dadah

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Remaja warga Malaysia berusia 19 tahun yang ditahan di Hong Kong minggu lalu dengan rampasan tiga kilogram bunga ganja dipercayai direkrut sindiket sebagai keldai dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semakan mendapati lelaki berasal dari Sarawak itu tidak mempunyai rekod kesalahan di Malaysia.

Menurutnya, JSJN sudah menerima pengesahan berhubung penahanan suspek daripada pihak berkuasa Hong Kong.

“Pihak Kastam Hong Kong menemukan tiga kilogram (kg) bunga ganja dalam bagasi suspek yang dipercayai direkrut sebagai keldai dadah oleh sindiket,” katanya pada Khamis.

Tambahnya, suspek tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 9 Julai.

Kastam Hong Kong sebelum ini dalam kenyataan memaklumkan suspek tiba dari Kuala Lumpur menerusi Singapura sebelum ditahan ketika pemeriksaan kastam.

Pemeriksaan terhadap bagasi berdaftar lelaki itu menemukan kira-kira tiga kg bahan yang disyaki sebagai bunga ganja bernilai HK$500,000 atau kira-kira RM260,000.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!