Burger King Malaysia buat 'Vibe Check'-Inilah KingCam

BURGER King® Malaysia memperkenalkan koleksi edisi terhad terbaharunya bulan ini hasil kolaborasi bersama Coca-Cola menerusi KingCam Mini Camera yang boleh dimiliki secara eksklusif melalui kempen Vibe Check with KingCam Mini Camera.
Menurut Burger King Malaysia, kempen berkenaan menawarkan peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan kamera mini itu menerusi pembelian set hidangan terpilih.
"Pilih set hidangan medium nachos cheese deluxe dengan empat ketul Nuggets pada harga RM25.95 atau set hidangan medium ayam goreng dua ketul dengan nachos cheese dunk pada harga RM27.40.
"Barangan koleksinya melalui pembelian mana-mana set terpilih anda boleh mendapatkan KingCam Mini Camera pada harga istimewa beli-dengan-beli RM59.90, dengan kad SD 1 GB sekali (nilai runcit: RM99).
"Direka khas melalui kolaborasi bersama Coca-Cola, KingCam Mini Camera untuk merakam detik-detik untuk diingati antaranya makanan sedap, kawan-kawan tersayang dan waktu yang menyeronokkan," katanya pada Isnin.
Dalam pada itu, Ketua Pemasaran, Burger King Malaysia Leong Huey Ying berkata, kempen itu lebih daripada sekadar koleksi edisi terhad susulan ia merupakan cara untuk menjadi sebahagian daripada vibe itu.
Ujarnya, berkumpul sambil menikmati makanan yang sedap memang sudah sebati dalam budaya rakyat Malaysia.
"Melalui kempen Vibe Check with KingCam Mini Camera, kami ingin meraikan momen-momen kecil yang menjadikan setiap pertemuan lebih bermakna.
"KingCam dicipta untuk mengabadikan detik-detik itu, memberi pelanggan kami cara yang lebih menyeronokkan untuk merakam kenangan sebelum ia berlalu," katanya.
KingCam Mini Camera boleh didapati di cawangan Burger King® Malaysia yang terpilih di seluruh negara mulai 12 Julai, selagi stok masih.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
