Kemalangan bongkar rahsia mayat ngeri dalam kereta

Kemalangan sebuah kereta bongkar mayat dalam keadaan ngeri.
Kemalangan sebuah kereta bongkar mayat dalam keadaan ngeri.
A
A
A

TAIPEI - Kemalangan yang melibatkan seorang wanita membawa kepada penemuan mengejutkan apabila mayat anak perempuannya ditemui di dalam kenderaan tersebut.

Menurut laporan media tempatan, warga emas berusia 62 tahun dikenali sebagai Chen itu sedang memandu ke kuil apabila dia terlibat nahas pada minggu lalu.

Orang awam bergegas mahu membantu dan mendapati anak perempuannya berada di tempat duduk penumpang tidak sedarkan diri.

Pemeriksaan kemudiannya mendapati anak wanita itu sebenarnya telah meninggal dunia beberapa hari sebelum kemalangan tersebut berlaku.

Chen dipercayai membawa mayat anak perempuannya yang berusia 37 tahun ke kuil untuk berdoa selepas enggan mempercayai bahawa dia sudah meninggal dunia

Siasatan awal mendapati wanita berkenaan bergilir-gilir bersama adiknya menjaga anak perempuannya yang menghidap penyakit kronik selama lebih 30 tahun.

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kereta itu terbabas sebelum melanggar sebuah motosikal dan bendera kuil di tepi jalan.

Seorang saksi mendakwa keadaan mayat itu agak 'mengerikan' kerana wajahnya kelihatan membengkak.

Polis turut mengesahkan tiada kecederaan luaran pada mangsa dan ujian mendapati Chen tidak berada di bawah pengaruh alkohol. - Agensi

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!