PRN Johor medan muhasabah, perbaiki kempen PH - Dr Sathia

Dr Sathia (kanan) bersama satu-satunya calon PKR yang menang kerusi PRN Johor di DUN PuteriWangsa, Dr Maszlee Malik (kiri).
Dr Sathia (kanan) bersama satu-satunya calon PKR yang menang kerusi PRN Johor di DUN PuteriWangsa, Dr Maszlee Malik (kiri).
A
A
A

SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 perlu dijadikan medan muhasabah dan penambahbaikan kepada Pakatan Harapan (PH) khususnya dalam memperkukuhkan gerak kerja akar umbi serta strategi mendekati rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PKR Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, keputusan dibuat rakyat Johor perlu diterima dengan penuh hormat kerana kuasa menentukan kerajaan sentiasa berada di tangan pengundi dalam sistem demokrasi.

Menurutnya, kemenangan bukan alasan untuk bermegah, manakala kekalahan pula tidak seharusnya melemahkan semangat perjuangan.

"Setiap keputusan pilihan raya merupakan amanah rakyat yang perlu dihargai.

"Ia menjadi ruang untuk kita bermuhasabah, belajar daripada pengalaman dan memperbaiki segala kelemahan demi masa depan yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Johor yang menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Johor: 55 calon hilang wang deposit

Dua faktor kemenangan BN

[RASMI] Keputusan penuh 56 kerusi PRN Johor ke-16

Artikel Berkaitan:

BN menang besar 48 kerusi DUN Johor - SPR

[RASMI] PRN Johor: SPR umum BN menang besar 48 kerusi DUN Johor

Dalam pada itu, Dr Sathia mengucapkan tahniah kepada Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Maszlee Malik atas kemenangan satu-satunya calon parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.

Katanya, mandat yang diberikan rakyat diharap dapat diterjemahkan melalui perkhidmatan terbaik, pembangunan lebih mampan serta pembelaan terhadap kebajikan seluruh rakyat Johor.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya memperoleh mandat rakyat tanpa mengira parti politik.

"Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, integriti dan keikhlasan, selain memastikan seluruh rakyat Johor menerima perkhidmatan terbaik tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

[RASMI] PRN Johor: Maszlee menang DUN Puteri Wangsa

SPR teliti isu muat naik kertas undi sudah dipangkah di media sosial

Anwar ucap tahniah kepada BN, janji Kerajaan Persekutuan terus bantu Johor

[RASMI] PRN Johor: Pas hilang kubu terakhir

PRN Johor: Kekalahan PN sudah dijangka, pengerusi perlu bertanggungjawab letak jawatan

Mengulas lanjut, Dr Sathia berkata, keputusan PRN Johor turut memberi isyarat jelas bahawa PH perlu memperkukuhkan jentera di peringkat akar umbi, mendekati rakyat lebih awal serta memastikan calon yang diketengahkan benar-benar bersedia dan memahami keperluan masyarakat.

Menurut beliau, keutamaan selepas pilihan raya seharusnya tertumpu kepada agenda pembangunan Johor yang lebih inklusif, termasuk mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi, mempertingkatkan kemudahan kesihatan, memperkasa pendidikan dan menjaga kebajikan rakyat.

"Perjuangan tidak berakhir sebaik sahaja pilihan raya selesai.

" Hubungan dengan rakyat perlu diperkukuhkan setiap hari melalui khidmat berterusan, kesediaan mendengar suara mereka serta komitmen mencari penyelesaian terhadap setiap cabaran yang dihadapi.

"Saya juga merakamkan penghargaan kepada semua petugas, sukarelawan dan penyokong yang telah berkorban masa, tenaga serta komitmen sepanjang tempoh kempen. Perjalanan perjuangan masih panjang dan usaha memperbaiki kelemahan akan diteruskan demi kepentingan rakyat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!