10 anak legenda warnai Piala Dunia 2026

Erling Haaland
Erling Haaland
A
A
A

PIALA Dunia 2026 bukan sahaja menjadi pentas kelahiran bintang baharu malah menyaksikan beberapa pemain meneruskan legasi bapa mereka yang pernah beraksi di kejohanan paling berprestij itu.

Kini, giliran generasi kedua pula menggalas harapan negara sambil berusaha mencipta sejarah dan kejayaan sendiri di pentas empat tahun sekali itu.

------

1. Erling Haaland (Norway)

Bapa: Alf-Inge Haaland

Sebelum nama Haaland menjadi fenomena dunia, bapanya Alf-Inge Haaland terlebih dahulu mewakili Norway di pentas antarabangsa. Alf-Inge dikenali sebagai pemain yang berdisiplin dan pernah beraksi dalam era kegemilangan Liga Perdana Inggeris. Haaland memilih posisi penyerang dan berkembang menjadi salah seorang penjaring paling digeruni dunia. Beliau menjadi harapan terbesar Norway di Piala Dunia 2026.

Marcus Thuram
Marcus Thuram

2. Marcus Thuram (Perancis)

Artikel Berkaitan:

Bapa: Lilian Thuram

Marcus Thuram membawa nama keluarga yang sudah sinonim dengan kejayaan bola sepak Perancis. Bapanya, Lilian merupakan legenda Les Bleus yang membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998. Anaknya pula memilih posisi sebagai penyerang dengan kemampuan menjaringkan gol. Beliau menjadi antara tonggak penting generasi baharu skuad Perancis.

Giovanni Reyna
Giovanni Reyna

3. Giovanni Reyna (Amerika Syarikat)

Bapa: Claudio Reyna

Giovanni Reyna meneruskan legasi keluarga Reyna dalam bola sepak Amerika. Claudio antara pemain paling dihormati dalam sejarah bola sepak AS. Beliau beraksi dalam beberapa edisi Piala Dunia dan pernah mengetuai pasukan negaranya sebagai kapten. Giovanni pula dikenali sebagai pemain kreatif dengan teknik tinggi, kawalan bola yang baik dan kebolehan mencipta peluang. Dia menjadi simbol generasi baharu bola sepak Amerika.

Alexander Sørloth
Alexander Sørloth

4. Alexander Sørloth (Norway)

Bapa: Gøran Sørloth

Anak kepada bekas penyerang Norway yang tampil pada Piala Dunia 1994. Beliau mempunyai rekod cemerlang beraksi 55 kali untuk Norway dan menjaringkan 15 gol. Alexander mengikut jejak langkah bapanya dan merupakan salah seorang penyerang utama Norway bersama Erling Haaland. Beliau menjadi antara nadi pasukan bersama Haaland yang membawa negaranya kembali ke pentas Piala Dunia selepas menyepi selama 28 tahun.

Giuliano Simeone
Giuliano Simeone

5. Giuliano Simeone (Argentina)

Bapa: Diego Simeone

Nama Diego sudah lama menjadi simbol semangat dan perjuangan dalam bola sepak Argentina dan pernah mewakili negara itu dalam tiga Piala Dunia serta terkenal dengan gaya permainan agresif. Kini, anaknya membawa nama keluarga itu ke generasi baharu. Berbeza dengan bapanya yang bermain di bahagian tengah, Giuliano lebih menyerlah pada posisi sayap kanan.

Nico Paz
Nico Paz

6. Nico Paz (Argentina)

Bapa: Pablo Paz

Nico mewarisi darah bola sepak Argentina daripada bapanya. Pablo merupakan pemain pertahanan Argentina yang beraksi di Piala Dunia 1998. Beliau berada dalam skuad Argentina ketika pasukan itu dibarisi deretan bintang ternama dunia. Nico pula muncul sebagai pemain kreatif dengan visi permainan tinggi dan dianggap antara bakat muda yang menyerlah.

Justin Kluivert
Justin Kluivert

7. Justin Kluivert (Belanda)

Bapa: Patrick Kluivert

Nama Kluivert sudah lama dihormati dalam bola sepak Belanda. Patrick muncul sebagai salah seorang penyerang terbaik Belanda serta menjadi tonggak penting skuad Oranje ketika Piala Dunia 1998. Beliau dikenali kerana kemahiran menjaringkan gol dan kebijakannya memahami permainan. Justin memilih laluan yang sama sebagai pemain sayap kiri, namun berusaha mencipta identiti sendiri di pentas antarabangsa.

Francisco Conceicao
Francisco Conceicao

8. Francisco Conceicao (Portugal)

Bapa: Sergio Conceicao

Keluarga Conceicao mempunyai sejarah panjang dalam bola sepak Portugal. Sergio pernah mewakili Portugal pada Piala Dunia 2002 dan dikenali sebagai pemain sayap yang pantas serta berani. Anaknya, Francisco mewarisi ciri permainan tersebut. Dikenali dengan kelajuan, kemahiran menggelecek dan keberanian mencabar pertahanan lawan.

Lee Tae-seok
Lee Tae-seok

9. Lee Tae-seok (Korea Selatan)

Bapa: Lee Eul-yong

Beraksi di Piala Dunia 2002 dan 2006. Bapanya terkenal sebagai anggota skuad Korea Selatan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2002 dan menjaringkan gol untuk penentuan tempat ketiga menentang Turkiye. Tae-seok menyertai skuad Korea Selatan di Piala Dunia 2026 pada posisi pertahanan kiri, sekali gus meneruskan legasi bapanya di pentas terbesar bola sepak dunia.

Sebastian Berhalter
Sebastian Berhalter

10. Sebastian Berhalter (Amerika Syarikat)

Bapa: Gregg Berhalter

Sebastian membawa sambungan nama keluarga Berhalter dalam bola sepak Amerika. Bapanya, Gregg pernah beraksi untuk AS di Piala Dunia 2002 dan 2006 sebelum menjadi jurulatih pasukan kebangsaan. Kini, Sebastian mencipta kisahnya sendiri sebagai pemain antarabangsa bagi meneruskan tradisi keluarga mereka dalam bola sepak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!