Pengerusi PN Johor tewas di tangan Cikgu Syar'e

Kemenangan Cikgu Syar'e (gambar kiri) sekali gus menyaksikan BN berjaya merampas kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Sahruddin selama dua penggal.
Kemenangan Cikgu Syar'e (gambar kiri) sekali gus menyaksikan BN berjaya merampas kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Sahruddin selama dua penggal.
A
A
A

PAGOH – Bekas Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal tumpas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong kepada calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Syar'e Yusof dengan majoriti 10,761 undi.

Keputusan rasmi menerusi laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Ahmad Syar'e memperoleh 16,386 undi, diikuti Sahruddin dengan 5,625 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), C. Subramani meraih 4,667 undi.

Kemenangan Ahmad Syar'e yang mesra disapa Cikgu Syar'e sekali gus menyaksikan BN berjaya merampas kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Sahruddin selama dua penggal.

Sahruddin sebelum ini menjawat jawatan Menteri Besar Johor selama kira-kira 10 bulan, bermula April 2019 hingga Februari 2020, sebelum kerajaan PH di Johor tumbang susulan Langkah Sheraton yang menyaksikan gabungan itu kehilangan majoriti di DUN.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!