[TIDAK RASMI] PRN Johor: BN menang di Machap, Sedili dan Kukup

JOHOR BAHRU - Tiga kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) menjadi kerusi awal diumumkan dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Kerusi tersebut ialah Machap, Sedili dan Kukup berdasarkan keputusan tidak rasmi menerusi siaran langsung di Facebook milik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), walaupun proses pengiraan masih berjalan tetapi majoriti diterima calon jauh meninggalkan pesaing dan melepasi majoriti menang.
Selain itu baki kertas undi berbaki yang sedang dikira tidak memungkinkan pesaing untuk mengatasi calon BN.
Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada UMNO menentang calon Pakatan Harapan (PH) Nur Hafiz Roslan, manakala Muszaidee Makmor mempertahankan kerusi Sedili dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon PH dan Perikatan Nasional.
Dalam pada itu, kerusi Kukup pula Mohd Israk Abdullah daripada UMNO kekal mempertahankan kerusi dimenangi Datuk Jefridin Atan pada PRN lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
