[TIDAK RASMI] PRN Johor: Calon tunggal Pejuang ketinggalan di Gambir

Soraya Sulaiman ketinggalan jauh di kerusi DUN Gambir dalam PRN Johor.
Soraya Sulaiman ketinggalan jauh di kerusi DUN Gambir dalam PRN Johor.
A
A
A

SHAH ALAM - Calon tunggal Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mewakili Perikatan Nasional (PN) iaitu Soraya Sulaiman ketinggalan jauh di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Berdasarkan kemas kini keputusan tidak rasmi setakat jam 7.45 petang Sabtu, Ketua Penerangan Pejuang Johor itu hanya memperoleh 1,065 undi dalam saingan tiga penjuru tersebut.

Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan Mohd Nor Mohd Yusof di kerusi sama mendapat 2,167 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Sahrihan Jani mengungguli keputusan tidak rasmi berikut apabila memperoleh 8,077 undi dengan majoriti 5,910 undi.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!