Sindiket edar heroin tumpas

Boon Keng (tengah) bersama Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat (dua dari kiri) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Asisten Komisioner Lee King Chuan (kanan) menunjukkan heroin yang berjaya dirampas.

A
A
A

TAIPING - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah susulan penahanan tiga lelaki bersama 20.02 kilogram heroin bernilai RM264,000 di dua lokasi berasingan di Jalan Kuala Kangsar-Taiping berhampiran Taman Menteri dan Taman Sri Kota di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, tangkapan pertama dilakukan pasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Taiping ketika memeriksa dua kereta Toyota Vios dan Proton Wira yang dipandu dua lelaki kira-kira jam 6.30 petang Jumaat lalu.

Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas lebih 20kg heroin daripada tiga suspek.
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas lebih 20kg heroin daripada tiga suspek.

"Pemeriksaan dalam kereta dipandu lelaki berusia 20-an menjumpai dadah tersebut di bawah tempat duduk penumpang hadapan kereta Toyota Vios itu.

"Siasatan membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Kota dan menahan seorang lelaki berusia 20-an sekitar jam 1.20 petang Sabtu lalu untuk membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini semalam.