X

Kindly register in order to view this article
!

Kantoi bawa dadah dalam kereta

Shamsul Amar
A
A

KLANG - Tindakan seorang lelaki yang membawa 17 peket dadah dalam kenderaan dinaikinya terbongkar selepas dia ditahan semasa rondaan polis menerusi Op Covid-19 di Lorong Batu Nilam 15D di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki berusia 27 tahun yang memandu kenderaan jenis Honda Jazz itu ditahan pasukan kereta peronda polis (MPV) IPD Klang Selatan kira-kira jam 4.30 pagi.

"Hasil pemeriksaan dalam kereta suspek, polis menemui 17 peket disyaki dadah jenis syabu seberat 52.06 gram dianggarkan bernilai RM3,700.

"Siasatan mendapati suspek adalah pembeli kepada seorang pengedar yang berjaya meloloskan diri dan polis kini giat memburu pengedar dadah terbabit," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan, suspek yang tidak bekerja itu mempunyai satu rekod lampau bersabit kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek akan direman untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!