Apakah bersentuhan kulit suami isteri tidak membatalkan wuduk?

BATAL wuduk apabila bersentuhan kulit antara suami isteri menurut Mazhab Syafie. Foto Canva
BATAL wuduk apabila bersentuhan kulit antara suami isteri menurut Mazhab Syafie. Foto Canva
A
A
A

Soalan

Saya ada mendengar satu pendapat yang mengatakan bersentuhan kulit antara suami isteri tidak membatalkan wuduk, sedangkan kita tahu ia membatalkan wuduk. Boleh berikan pencerahan?

Jawapan

Bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita bukan mahram termasuk suami isteri dihukumkan sebagai batal wuduk dalam Mazhab Syafie.

Ia berdasarkan kepada dalil dari ayat ke-43 surah an-Nisa’: “Bersentuhan dengan wanita.”

Walaupun suami isteri bersentuhan dalam keadaan tidak sengaja dan tanpa syahwat, hukumnya tetap membatalkan wuduk.

Bagaimanapun selain Mazhab Syafie, hukum bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita sedikit berbeza.

Mazhab Hanafi menyatakan tidak membatalkan wuduk jika bersentuhan kulit antara suami isteri.

Dua mazhab lain iaitu Mazhab Hanbali dan Maliki pula tidak membatalkan wuduk selagi ia tidak mendatangkan syahwat.

Artikel Berkaitan:

Sebaik-baiknya kita yang berada di dalam negara yang bermazhab Syafie, kita mengguna pakai hukum yang mengikut pandangan Mazhab Syafie.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!