Yakult, KPM semai budaya hidup sihat di 80 sekolah

A
A
A

Sesi Kembara Misi Sihat Yakult di salah sebuah sekolah terpilih.
Sesi Kembara Misi Sihat Yakult di salah sebuah sekolah terpilih.

Yakult Malaysia Sdn Bhd (Yakult Malaysia) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meneruskan inisiatif Program Yakult Generasi Madani 2026 – Yakult Dance Rope & Misi Sihat Yakult pada tahun 2026 di 80 buah sekolah rendah dan menengah terplilih di seluruh negara.

Inisiatif itu adalah satu pendekatan inovatif yang menggabungkan amalan pemakanan sihat serta penjagaan usus.

Ia juga menggabungkan kecergasan f izikal dan budaya melalui tari tali, kreativiti, semangat kerjasama dan pembentukan sahsiah positif dalam kalangan murid-murid sekolah di Malaysia.

Semua sekolah yang terlibat dalam program yang berlangsung sepanjang Mac hingga Ogos tahun ini perlu menyediakan satu video laporan mengenai aktiviti amalan gaya hidup sihat sedia ada di sekolah dan video persembahan tari tali.

Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Hiroki Yanase berkata, setiap penyertaan bakal diadili oleh juri bertauliah daripada KPM dan Yakult Malaysia.

“Yakult Malaysia sentiasa komited dalam mendukung saranan pihak kementerian dalam meningkatkan pembinaan jati diri dan kemenjadian murid melalui aktivitiaktiviti di luar bilik darjah,” katanya menerusi satu kenyataan.

Yakult Malaysia telah menyediakan pelbagai bahan sokongan, termasuk web portal program www.misisihatyakult.my yang mengandungi panduan program dan kuiz atas talian serta poster pendidikan amalan pemakanan sihat.

Artikel Berkaitan:

“Pihak kami melalui penceramah pemakanan bertauliah juga akan melawat sekolah-sekolah terlibat melalui Kembara Misi Sihat Yakult bagi menyampaikan ceramah kesihatan secara interaktif termasuk tayangan video dan sesi soal jawab,” katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai aktiviti Yakult, layari laman sesawang www.yakult.com.my.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!