AS lancar serangan baharu terhadap Iran

WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pihaknya melancarkan siri serangan baharu terhadap sasaran di Iran sebagai tindak balas terhadap serangan yang didakwa dilakukan Tehran ke atas tiga kapal dagang di Selat Hormuz.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di platform X, Pemerintah Pusat Tentera AS (CENTCOM) berkata operasi itu bertujuan memberikan tindak balas tegas terhadap Iran susulan dakwaan negara itu menyasarkan kapal-kapal perdagangan yang melalui laluan perairan antarabangsa.
Menurut CENTCOM, operasi itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap dakwaan serangan Iran ke atas tiga kapal dagang yang melalui Selat Hormuz, yang disifatkan Washington sebagai tindakan berbahaya dan melanggar gencatan senjata.
Menurut CENTCOM, serangan tersebut dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan Iran ke atas tiga kapal dagang yang sedang melalui Selat Hormuz.
Menurut tentera AS, tindakan Iran disifatkan sebagai tidak berasas, berbahaya dan melanggar perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui sebelum ini.
Pengumuman itu dibuat ketika ketegangan di Selat Hormuz terus memuncak selepas beberapa kapal dagang dilaporkan diserang dalam tempoh 24 jam, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan salah satu laluan perkapalan paling penting di dunia.
Setakat ini, pihak berkuasa Iran belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan atau operasi ketenteraan terbaharu yang diumumkan oleh AS. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
