Iran didakwa serang kapal komersial di Selat Hormuz

Iran didakwa melepaskan sekurang-kurangnya dua peluru berpandu ke arah kapal komersial yang melalui Selat Hormuz lewat Isnin. Gambar hiasan
Iran didakwa melepaskan sekurang-kurangnya dua peluru berpandu ke arah kapal komersial yang melalui Selat Hormuz lewat Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

ISTANBUL - Tentera Iran didakwa melepaskan sekurang-kurangnya dua peluru berpandu ke arah kapal komersial yang melalui Selat Hormuz lewat Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut laman berita Axios yang memetik dua pegawai Amerika Syarikat (AS), Washington berkemungkinan bertindak balas dengan melancarkan serangan terhadap sasaran Iran susulan insiden itu.

Laporan berkenaan dikeluarkan selepas pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) memaklumkan sebuah kapal tangki terkena projektil tidak dikenal pasti di luar pantai Oman hingga mencetuskan kebakaran di atas kapal itu.

UKMTO berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu kira-kira lapan batu nautika ke timur Limah.

"Sebuah kapal tangki dilaporkan terkena projektil tidak dikenal pasti di bahagian kiri kapal, menyebabkan kebakaran ketika dalam pelayaran ke arah selatan,” menurut UKMTO dalam notis amaran.

UKMTO berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat insiden berkenaan dan menasihatkan kapal yang beroperasi di kawasan itu supaya berwaspada serta melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan.

Menurut UKMTO, tiada kematian, kecederaan atau kerosakan alam sekitar dilaporkan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!