Ahmad Zahid jamin kerajaan BN Johor akan selari dengan Putrajaya

Ahmad Zahid ketika berucap pada Program Ramah Mesra Pengerusi Barisan Nasional bersama pengundi di Iskandar Puteri pada Rabu.
Ahmad Zahid ketika berucap pada Program Ramah Mesra Pengerusi Barisan Nasional bersama pengundi di Iskandar Puteri pada Rabu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi nanti akan selari dengan kerajaan Persekutuan.

Ini kerana katanya, gabungan tersebut adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

"Ingat, BN juga sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan. Ya, kerajaan Johor adalah kerajaan BN tetapi BN adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

"Jangan khuatir. kerajaan BN Johor yang dipimpin oleh Datuk Onn sebagai Pengerusi BN Johor dan saya sebagai Pengerusi BN, saya akan pastikan bahawa kerajaan Johor akan tetap selari dengan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ramah Mesra Pengerusi Barisan Nasional bersama pengundi di Iskandar Puteri di sini pada Rabu.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa calon-calon BN tiada masalah dan tidak akan menentang Kerajaan Perpaduan kerana menghormati keputusan di peringkat UMNO dan BN Pusat.

"Apa pula kata BN ini menjadi pembangkang? Kami tak membangkanglah," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mahu pengundi melihat 'track record' Onn Hafiz dalam tempoh empat tahun ini sebagai Menteri Besar Johor yang berjaya mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan membina perumahan baharu.

"Apa yang tak dilakukan Datuk Onn Hafiz. Sepanjang waktu itu sebanyak 80,000 peluang pekerjaan untuk anak muda seluruh Johor berjaya diwujudkan.

Artikel Berkaitan:

"Untuk penggal akan datang kita janji mewujudkan 200,000 peluang pekerjaan baharu untuk anak muda negeri Johor. 20,000 rumah kos rendah juga diwujudkan sepanjang menjadi Menteri Besar dan berazam wujudkan lagi banyak rumah.

"Tempoh 48 jam untuk berkempen menjelang PRN Johor adalah sangat kritikal dan saya mahu semua jentera untuk kerja keras memenangkan calon BN," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!