Penyerang Australia kongsi detik temui hidayah

Paparan video memaparkan saat Yengi bertemu dengan Mufti Menk.
Paparan video memaparkan saat Yengi bertemu dengan Mufti Menk.
A
A
A

PENYERANG skuad kebangsaan Australia, Tete Yengi mengumumkan bahawa beliau telah memeluk Islam beberapa hari sebelum aksi penting negara itu dalam saingan Piala Dunia FIFA 2026 menentang Mesir di peringkat kalah mati.

Pemain berusia 25 tahun itu menjelaskan bahawa keputusan tersebut bukan berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya merupakan hasil perjalanan rohani yang panjang dan berkembang secara semula jadi, sebelum beliau akhirnya mengambil langkah besar dalam kehidupan peribadinya.

Yengi berkongsi bahawa pengalaman paling bermakna berlaku berhubung mengenai kejadian yang membuatkan beliau jatuh hati dan hendak memeluk agama Islam adalah ketika beliau mengunjungi sebuah masjid di Adelaide, Australia.

Dalam kunjungan itu pada hari Jumaat berkenaan, beliau bertemu dengan pendakwah terkenal antarabangsa, Mufti Ismail Menk, yang kemudian secara spontan bertanya sama ada beliau pernah melafazkan syahadah.

"Apabila saya bersalaman dengan Mufti Menk, beliau bertanya, ‘Adakah kamu sudah mengucapkan syahadah?

"Saya jawab, belum lagi.Beliau berkata, ‘Kamu mahu lakukannya sekarang?’ Saya kata, ‘Saya tidak boleh menolak.’ Jadi saya terus melafazkan syahadah di sana bersama beliau,” katanya menerusi temu bual bersama Qalby Studios baru-baru ini.

Yengi, menandatangani autograf untuk peminat sebelum sesi latihan skuad kebangsaan di Oakland Roots & Soul Sports Club, Alameda, California pada 22 Jun 2026. Foto AFP
Yengi, menandatangani autograf untuk peminat sebelum sesi latihan skuad kebangsaan di Oakland Roots & Soul Sports Club, Alameda, California pada 22 Jun 2026. Foto AFP

Dalam perkongsian yang sama, Yengi menggambarkan bahawa pengalaman memeluk Islam memberinya satu ketenangan dalaman kerana keputusan itu dibuat selepas proses pencarian yang panjang, bukan secara tergesa-gesa.

Artikel Berkaitan:

Beliau menegaskan bahawa perjalanannya adalah hasil daripada kajian, pembacaan dan refleksi peribadi sebelum mencapai keyakinan untuk melafazkan syahadah.

Dari Adelaide ke pentas dunia

Yengi dilahirkan pada tahun 2000 di Adelaide dalam keluarga berketurunan Sudan Selatan yang berhijrah ke Australia.

Sejak usia muda, beliau menonjol sebagai bakat bola sepak berbakat sebelum menyertai akademi dan memulakan karier profesional di Eropah.

Karier kelabnya menyaksikan beliau beraksi di England bersama Ipswich Town serta melalui tempoh pinjaman ke beberapa kelab termasuk Northampton Town, sebelum meneruskan perkembangan di pentas antarabangsa.

Beliau turut mencatat perkembangan bersama skuad Socceroos, termasuk dipanggil menyertai pasukan utama Australia serta membuat penampilan di peringkat antarabangsa menjelang dan semasa saingan Piala Dunia 2026.

Pencapaian antarabangsa

Di peringkat antarabangsa, Yengi terus membina reputasi sebagai penyerang fizikal dan berpotensi tinggi.

Beliau turut mencipta impak dalam beberapa perlawanan persahabatan serta kejohanan kompetitif, termasuk sumbangan minit permainan penting di Piala Dunia 2026 ketika menentang lawan peringkat kumpulan.

Selain pengalaman di England, beliau turut dikaitkan dengan perkembangan karier di luar negara yang membantu membentuk ketahanan dan kematangan dalam permainan.

Hidayah dan fokus masa depan

Selepas mengumumkan pengislaman, Yengi terus memberi tumpuan kepada karier bola sepak profesionalnya bersama skuad kebangsaan Australia dan kelabnya.

Perubahan spiritual itu disifatkan memberi ketenangan baharu dalam kehidupannya sebagai atlet, selain menjadikan beliau antara figura sukan yang mendapat perhatian global bukan sahaja kerana prestasi di padang, tetapi juga perjalanan hidupnya di luar padang.

Perubahan spiritual itu disifatkan memberi ketenangan baharu dalam kehidupannya sebagai atlet. Foto AFP
Perubahan spiritual itu disifatkan memberi ketenangan baharu dalam kehidupannya sebagai atlet. Foto AFP

Daripada seorang pemain muda keturunan Sudan Selatan yang membesar di Australia kepada pemain antarabangsa di pentas Piala Dunia, perjalanan Tete Yengi kini melengkapkan satu lagi fasa penting dalam hidupnya apabila memilih Islam sebagai pegangan baharu.-Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!