PRN Johor: Gerakan Reset seru ahli, penyokong tolak PH

Saifuddin berucap pada Himpunan Reset Johor di Pusat Konvensyen Danga Bay Johor Bahru.
Saifuddin berucap pada Himpunan Reset Johor di Pusat Konvensyen Danga Bay Johor Bahru.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli dan penyokong Gerakan Reset di Johor perlu menolak calon daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Setiausaha Agung Reset Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Reset tidak menetapkan mana-mana parti tertentu untuk disokong, namun pendiriannya jelas bahawa calon daripada PH tidak seharusnya menjadi pilihan.

"Pokoknya tolak PH, itu yang nombor satu. Di samping itu mereka tahu banyak tempat yang bertindih-tindih jadi pandai-pandailah dan nasihat kita ialah gunakan kompas moral iaitu 'amal makrum nahi mungkar," katanya.

Beliau berkata demikian pada Himpunan Reset Johor di Pusat Konvensyen Danga Bay di sini, pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'

DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM

Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'

PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

Artikel Berkaitan:

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

Ahli Parlimen Indera Mahkota menegaskan pengundi perlu melihat latar belakang setiap calon dan parti yang diwakili sebelum membuat keputusan pada hari pengundian.

Menurut beliau, isu utama dalam PRN Johor bukan semata-mata soal politik, sebaliknya memastikan negeri itu terus ditadbir dengan baik.

"Kalau bangsa Johor merasakan pentadbiran negeri yang baik itu perlu diteruskan, maka itulah pilihan yang perlu dibuat oleh rakyat Johor," katanya.

Beliau turut memaklumkan perhimpunan berkenaan diadakan sebagai kesinambungan kepada perhimpunan besar Gerakan Reset di Tanah Merah pada Jun lalu dan selepas ini program sama akan diteruskan ke Negeri Sembilan.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!