Pasar ikan atas landasan: Berniaga sambil 'gadai nyawa' di Karwan Bazar

Kereta api melintasi laluan berkenaan setiap 5 hingga 10 minit. Foto Dhaka Tribune.
Kereta api melintasi laluan berkenaan setiap 5 hingga 10 minit. Foto Dhaka Tribune.
A
A
A

DHAKA – Sebuah pasar ikan yang dibina secara tidak rasmi di atas landasan kereta api berhampiran Karwan Bazar disifatkan sebagai perangkap maut kerana terus beroperasi walaupun berada di laluan aktif pergerakan tren.

Setiap hari, ratusan orang dilaporkan datang ke kawasan itu untuk membeli ikan, meskipun kereta api melintasi laluan berkenaan setiap 5 hingga 10 minit, sekali gus mewujudkan risiko kemalangan yang berterusan.

Menurut peraturan pihak berkuasa kereta api, sebarang aktiviti perniagaan dalam jarak 3.05 meter dari landasan adalah dilarang.

Namun, pasar berkenaan dilaporkan masih beroperasi secara meluas tanpa pematuhan terhadap peraturan tersebut.

Keadaan itu menjadi lebih membimbangkan apabila kawasan berkenaan pernah mencatatkan tragedi pada tahun 2014, apabila sebuah kereta api merempuh dan mengorbankan empat orang di lokasi sama.

Suasana di pasar ikan itu tetap meriah. Foto Dhaka Tribune
Suasana di pasar ikan itu tetap meriah. Foto Dhaka Tribune

Walaupun insiden tersebut berlaku, aktiviti perniagaan di kawasan itu didapati masih diteruskan sehingga kini tanpa kawalan ketat.

Setiap kali hon kereta api dibunyikan, peniaga dan pembeli dilihat tergesa-gesa mengalihkan diri dari landasan bagi mengelakkan bahaya, namun situasi itu terus berulang dan menimbulkan risiko tinggi terhadap keselamatan awam.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!