HWC COFFEE lancar ConnectKL, sedia lebih RM350,000 barangan percuma untuk komuniti

Majlis pelancaran kempen disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh (tengah), di ABOVE Event Space, Avenue K di ibu negara.
Majlis pelancaran kempen disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh (tengah), di ABOVE Event Space, Avenue K di ibu negara.
A
A
A

DI sebalik kepesatan gaya hidup digital yang menyebabkan masyarakat lebih banyak meluangkan masa di hadapan skrin berbanding bersemuka, HWC COFFEE melancarkan kempen komuniti, ConnectKL.

Kempen berlangsung dari 2 hingga 31 Julai itu bertujuan menggalakkan warga Lembah Klang memperlahankan rentak harian, mengeratkan semula hubungan dan meluangkan masa berkualiti bersama-sama sambil menikmati kopi.

Majlis pelancaran kempen disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, di ABOVE Event Space, Avenue K di ibu negara.

Sebagai sebahagian daripada pengisian kempen, HWC COFFEE memperuntukkan lebih RM350,000 nilai barangan pastri percuma sepanjang bulan Julai sebagai tanda penghargaan kepada komuniti di Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif HWC COFFEE, Zenda berkata, inisiatif itu bukan sahaja bertujuan menggalakkan penyertaan orang ramai, malah memastikan detik kemesraan dan jalinan hubungan lebih mudah diakses oleh segenap lapisan masyarakat.

Beliau berkata, HWC COFFEE percaya semangat Rahmah dicerminkan melalui sifat baik hati, kemurahan rezeki dan sikap saling mengambil berat.

"Melalui kempen ini, kami berharap pemberian item bakeri percuma dapat menggalakkan orang ramai mengajak sesiapa sahaja untuk minum kopi, berkongsi hidangan ringan dan meluangkan masa yang bermakna bersama.

"Apa yang lebih penting, inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk menyumbang semula kepada komuniti dengan cara yang mudah, bermakna dan inklusif," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sepanjang tempoh kempen, pelanggan yang membeli sebarang minuman buatan tangan layak menerima satu produk bakeri HWC secara percuma atau satu pek Brownie Crisp (sementara stok masih ada) dengan memenuhi syarat ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Promosi itu berlangsung pada Isnin hingga Jumaat sepanjang 2 hingga 31 Julai sebelum jam 3 petang di semua cawangan HWC COFFEE yang mengambil bahagian di Lembah Klang, kecuali BAPE CAFE @ KLCC, Cawangan HCK dan Quack Quack @ Millerz Square.

Secara amnya, waktu operasi cawangan yang mengambil bahagian bermula jam 7.30 pagi bagi premis persendirian dan pejabat, 8.30 pagi bagi pusat beli-belah serta 10 pagi bagi beberapa lokasi pusat beli-belah terpilih.

Pengguna dinasihatkan merujuk saluran media sosial rasmi HWC COFFEE untuk mendapatkan waktu operasi terkini mengikut cawangan.

Sementara itu, Hannah ketika merasmikan pelancaran berkenaan menyambut baik inisiatif korporat yang mampu memperkukuh institusi kemasyarakatan melalui interaksi harian yang ringkas.

"Membangunkan Kuala Lumpur yang lebih baik bukan sekadar mengenai penyediaan infrastruktur semata-mata. Ia adalah tentang mewujudkan lebih banyak peluang untuk masyarakat saling berhubung, mengukuhkan komuniti kita dan meningkatkan kualiti hidup bagi setiap warga yang menetap di bandar raya ini," katanya.

HWC COFFEE turut berharap ConnectKL dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak organisasi dan perniagaan untuk menggerakkan inisiatif serupa demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Orang ramai dijemput berkongsi detik bermakna mereka bersama kopi di media sosial menggunakan tanda pagar #ConnectKL serta menandakan @HWCCoffeeMY.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman rasmi HWC COFFEE, memuat turun aplikasi HWC COFFEE atau mengikuti akaun rasmi mereka di Facebook, Instagram dan TikTok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!