Hujan lebat, ribut petir di 7 negeri

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tujuh negeri hingga jam 1 pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah melibatkan Langkawi, Perak (Kampar, Batang Padang dan Mualim) dan Kelantan (Gua Musang).
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut) dan Selangor (Hulu Selangor).
Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) serta Kudat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
