Hujan lebat, ribut petir di lima negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda lima negeri. Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda lima negeri. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda lima negeri hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Terengganu melibatkan Besut dan Setiu, serta Pahang (Pekan dan Rompin), dan Johor (Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak membabitkan Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang.

Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Sandakan). - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!