Haaland bawa Norway ke pusingan 16

Haaland (kanan) meledak gol kemenangan Norway pada minit ke-86 sekali gus menghantar Norway ke pusingan 16 buat kali pertama dalam sejarah penyertaan mereka di Piala Dunia. Foto: Agensi
Haaland (kanan) meledak gol kemenangan Norway pada minit ke-86 sekali gus menghantar Norway ke pusingan 16 buat kali pertama dalam sejarah penyertaan mereka di Piala Dunia. Foto: Agensi
A
A
A

PENANTIAN hampir tiga dekad akhirnya berakhir apabila Erling Haaland menghadiahkan kemenangan bersejarah buat Norway selepas menewaskan Ivory Coast 2-1 pada aksi Pusingan 32 Piala Dunua FIFA 2026,

Lebih manis, ia merupakan kemenangan pertama Norway di pusingan kalah mati Piala Dunia.

Haaland muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-86 menerusi penyudah mudah hasil hantaran lintang Sander Berge ketika perlawanan dilihat bakal berlanjutan ke masa tambahan.

Terdahulu, Norway membuka jaringan menerusi rembatan lencong menarik Antonio Nusa pada babak pertama sebelum Ivory Coast bangkit menyamakan kedudukan hasil aksi solo memukau Amad Diallo pada minit ke-74.

Walaupun lebih banyak diasak sepanjang perlawanan, ketajaman Haaland sekali lagi membezakan kedua-dua pasukan apabila penyerang itu hanya memerlukan satu peluang terbaik untuk memastikan Norway terus mengorak langkah.

Kejayaan itu menjadi detik penting buat Norway yang kembali beraksi di Piala Dunia buat kali pertama sejak edisi 1998, selain menamatkan penantian panjang untuk meraih kemenangan sulung di pusingan kalah mati kejohanan itu.

Kemenangan itu mengatur pertembungan hebat menentang Brazil di pusingan 16, dengan Haaland dijangka sekali lagi menjadi sandaran utama Norway dalam usaha meneruskan kemaraan ke suku akhir.

Penyerang Manchester City itu kini sudah menjaringkan lima gol dalam setiap tiga penampilan pertamanya di Piala Dunia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!