Doktor klinik swasta sumbang susu formula

Petricia memuat naik status di Facebook beliau berhubung inisiatif memberikan sumbangan susu formula secara percuma kepada ibu bapa tidak berkemampuan.
Petricia memuat naik status di Facebook beliau berhubung inisiatif memberikan sumbangan susu formula secara percuma kepada ibu bapa tidak berkemampuan.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang doktor sebuah klinik swasta di sini mengambil inisiatif memberikan sumbangan susu formula secara percuma kepada ibu bapa yang tidak berkemampuan berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Petricia Pawel Velagapudi berkata, inisiatif itu mula dilakukan sejak semalam bertujuan menyumbang sebahagian pendapatan bagi membantu golongan memerlukan.

Menurutnya, pihaknya bersimpati dengan ibu bapa mempunyai anak kecil terputus bekalan susu formula yang menjadi nutrien penting dalam diet harian kanak-kanak untuk membantu pertumbuhan dan menyokong perkembangan kesihatan.

"Kita membekalkan setiap keluarga satu tin susu formula seberat 200 gram setiap satu untuk memastikan anak-anak diberikan minuman berkhasiat sepanjang dua minggu ini," katanya kepada Sinar Harian.

Petricia berkata, beliau menawarkan bantuan itu dengan memuat naik status di Facebook dan menyasarkan kira-kira 70 penduduk sekitar daerah itu menerima manfaat menerusi projek berkenaan.

"Semalam sahaja kita telah menyerahkan sumbangan kepada dua penerima dan mereka boleh datang ke klinik untuk mendapatkan susu formula ini," katanya.

Katanya, usaha itu diharap salah satu inisiatif berbeza daripada pihak lain yang kebiasaannya menyampaikan bantuan barangan keperluan dapur.

"Kalau hendak membantu beli barangan dapur mungkin terlalu ramai yang telah memberikan sumbangan, maka saya mencari kaedah lain terutama bagi membantu bayi atau kanak-kanak memerlukan.

Artikel Berkaitan:

“Saya gembira kerana dapat meringankan beban masyarakat pelbagai bangsa dan latar belakang agar usaha ini sebagai antara khidmat saya membantu negara dalam keadaan getir seperti ini," katanya.