Dua maut dalam kebakaran di Kampung Pertama

Rumah yang dihuni pekerja asing turut terbakar.
Rumah yang dihuni pekerja asing turut terbakar.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Dua maut dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Pertama, Permatang Pauh di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, mangsa yang maut dikenali Teh Sew Wing, 65, ditemui rentung di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa lelaki warga Myanmar dikenali Mohd Yunie Mohd Yasin, 45, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya yang menerima laporan kebakaran itu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati rumah yang dijadikan kediaman sementara pekerja kebun musnah terbakar.

"Ketika sampai di lokasi kejadian mendapati hampir 90 peratus rumah berkenaan telah musnah terbakar dan api turut merebak di beberapa rumah berhampiran.

"Terdapat empat orang lagi warga asing yang tinggal di rumah berkenaan termasuk dua orang kanak-kanak, namun mereka berjaya menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jurucakap berkenaan berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.25 pagi dan operasi tamat pada jam 8.35 pagi.

Katanya, Unit Forensik Kebakaran masih lagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan manga yang rentung di bawa ke Hospital Seberang Jaya untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Kediaman sementara tukang kebun terbakar.
Kediaman sementara tukang kebun terbakar.