Warga emas dikhuatiri lemas jatuh Sungai Bera

Anggota bomba melakukan pencarian sekitar kawasan sungai lokasi mangsa dilaporkan terjatuh. FOTO JBPM Pahang
Anggota bomba melakukan pencarian sekitar kawasan sungai lokasi mangsa dilaporkan terjatuh. FOTO JBPM Pahang
A
A
A

KUANTAN- Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan aktiviti memancing di Sungai Bera dekat Kampung Sungai Batu, Bera pada Khamis.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kejadian menimpa mangsa, Mohamad Shukri Bakar@Hassan, 62 dilaporkan jam 4.52 petang.

Menurutnya, mangsa difahamkan keluar memancing seorang diri sebelum kejadian.

Anggota bomba berada di lokasi untuk operasi SAR mangsa pada Khamis. FOTO JBPM Pahang
Anggota bomba berada di lokasi untuk operasi SAR mangsa pada Khamis. FOTO JBPM Pahang

"Susulan panggilan diterima, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang ke lokasi yang berada 48 kilometer dari balai untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Tindakan operasi dimulakan dengan pencarian dipermukaan air sekitar kawasan sungai lokasi mangsa dilaporkan terjatuh," katanya.

Mohd Salahuddin berkata, Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) BBP Bukit Angin, Temerloh kini bersedia untuk menggerakkan bantuan mencari mangsa yang dikhuatiri lemas itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!