Fasa ketiga PKP tempoh genting

Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disifatkan sebagai tempoh genting untuk melawan penularan pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh penting ini, segala usaha perlu diambil bagi memastikan rantaian wabak tersebut dapat diputuskan.

Menurutnya, ia termasuklah menasihatkan kerajaan menangguhkan pembukaan beberapa sektor ekonomi tetapi dalam masa sama membuat perancangan dengan teliti mengenai beberapa perkara.

"Kita kena lihat untuk kita bermula dengan cara berperingkat-peringkat, kita tidak boleh kembali terus. Contohnya, habis saja fasa tiga kita terus seperti cara biasa.

"Mungkin kita akan rancang dengan lebih teliti lagi untuk mengelakkan perhimpunan sama ada di stesen bas, di stadium dan sebagainya," katanya sidang media di KKM di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, perancangan secara berperingkat perlu dilakukan supaya apa yang dilaksanakan dalam tempoh PKP ini dapat diteruskan meskipun ia tamat kelak.

"Sebagai contoh, mungkin kita mulakan dengan perkara yang menjadi keutamaan dan selepas itu secara perlahan memulakan sesi persekolahan.

"Sekolah mungkin kita boleh fokuskan untuk Tingkatan Lima dan Enam Atas yang akan hadapi peperiksaan awam," katanya.

Artikel Berkaitan: