Kerajaan dipersalahkan jika Covid-19 terus merebak

Anggota Rela memeriksa suhu badan orang ramai sebelum memasuki Pasar Taman Lip Sin, Sungai Dua sebagai salah satu langkah untuk mencegah penularan Covid-19. - Foto Bernama
Anggota Rela memeriksa suhu badan orang ramai sebelum memasuki Pasar Taman Lip Sin, Sungai Dua sebagai salah satu langkah untuk mencegah penularan Covid-19. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan kerajaan memberi kelonggaran beroperasi kepada sektor perkhidmatan seperti kedai gunting rambut, dobi dan perubatan tradisional dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bercanggah dengan usaha memutuskan penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak berkata, kerajaan mungkin terlepas pandang bahawa sektor perkhidmatan tersebut amat berisiko tinggi di mana wabak Covid-19 boleh dijangkiti oleh pelanggan atau pengusaha perniagaan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya bimbang kebenaran itu akan dijadikan alasan untuk masyarakat 'membebaskan diri' dalam tempoh PKP.

"Apa yang dikhuatiri kemudian hari ialah seandainya berlaku jangkitan wabak Covid-19 akibat kebenaran yang diberikan itu, kerajaan akan dipersalahkan oleh sebilangan rakyat yang telah komited menyokong usaha kerajaan dalam memerangi penularan wabak ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam,

Halim juga berkata, kerajaan perlu memastikan hanya pengusaha dan pekerja perkhidmatan yang telah menjalani saringan dan didapati selamat sahaja boleh beroperasi.

"Alat termometer juga perlu disediakan untuk memastikan suhu badan setiap pelanggan mereka di bawah paras disyaki iaitu 37.5 celsius di premis mereka," katanya.

Artikel Berkaitan: