Tular tak semestinya bernilai

Buka sahaja media sosial, ada sahaja kandungan yang dibuat semata-mata untuk mengejar jumlah tontonan, tanda suka dan perkongsian. Gambar hiasan
Buka sahaja media sosial, ada sahaja kandungan yang dibuat semata-mata untuk mengejar jumlah tontonan, tanda suka dan perkongsian. Gambar hiasan
A
A
A

MERAK perasan, sejak kebelakangan ini semakin ramai yang berlumba-lumba mahu menjadi perhatian.

Buka sahaja media sosial, ada sahaja kandungan yang dibuat semata-mata untuk mengejar jumlah tontonan, tanda suka dan perkongsian.

Kadangkala perkara yang biasa-biasa pun boleh dijadikan sensasi. Lagi pelik, lagi kontroversi, lagi cepat ia tular.

Tak dinafikan, media sosial membuka banyak peluang. Ramai anak muda berjaya membina kerjaya, mengembangkan perniagaan malah menjadi pencipta kandungan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Namun dalam keghairahan mengejar populariti, ada kalanya kita terlupa apa yang sebenarnya lebih penting.

Hari ini umat Islam akan menyambut Maal Hijrah. Apabila bercakap tentang hijrah, ramai membayangkan perubahan besar dalam kehidupan.

Tetapi bagi Merak, antara hijrah paling relevan untuk generasi hari ini ialah berhijrah daripada mengejar perhatian kepada mengejar nilai.

Hari ini, ramai mengukur kejayaan berdasarkan jumlah pengikut di media sosial. Seolah-olah semakin ramai yang mengikuti, semakin tinggi nilai seseorang itu. Hakikatnya, angka hanyalah angka.

Ramai tokoh yang berjasa kepada masyarakat tidak pernah menjadi tular. Ramai guru, petugas kesihatan, sukarelawan dan individu biasa melakukan perkara luar biasa setiap hari tanpa mendapat ribuan tanda suka atau pujian daripada orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Malah, dalam dunia yang semakin bising dengan pelbagai kandungan, masyarakat sebenarnya semakin dahagakan sesuatu yang tulen, jujur dan memberi manfaat.

Sebab itu Merak percaya, tidak semua yang tular itu bernilai dan tidak semua yang bernilai akan menjadi tular.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!