Covid-19: Pahang catat 4 kes baharu, jumlah keseluruhan 191

Dr Bahari - Foto Pahangmedia
Dr Bahari - Foto Pahangmedia
A
A
A

KUANTAN - Pahang mencatatkan empat kes baharu positif Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 191 kes.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah berkata, daripada jumlah itu 78 daripadanya direkodkan di daerah Kuantan.

"Penduduk di Kuantan perlu berhati-hati memandangkan jumlah kes sudah naik dan daerah ini sudah menjadi zon merah.

"Sama-sama kita prihatin terhadap keperluan melaksanakan jarak sosial," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, pegawai perubatan yang dikatakan dijangkiti Covid-19 sebagaimana dilaporkan sebuah media tempatan adalah bukan kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

"Setakat semalam tiada petugas kesihatan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) HTAA dijangkiti Covid-19.

"Kita berharap penjelasan ini memberi kelegaan kepada pesakit yang perlu mendapatkan rawatan di O&G HTAA. Kita sentiasa mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pengguna hospital itu," katanya.

Artikel Berkaitan: