Kerja dari rumah perlu disiplin tinggi

Dr Ahmad Martadha
Dr Ahmad Martadha
A
A
A

SHAH ALAM – Penganalisis politik daripada Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed mengakui bekerja dari rumah sebenarnya memerlukan disiplin yang tinggi.

Menurutnya, beliau bukan seorang individu yang gemar membuat tugasan pejabat di rumah.

"Memang bosan terpaksa 'berkurung' di rumah tetapi untuk kebaikan semua dan bagi memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19), saya perlu hadapinya," katanya kepada Sinar Harian di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, rutin hariannya bermula seawal jam 6.30 pagi selepas sarapan.

"Saya akan mula selesaikan tugasan pejabat dahulu sebelum melakukan aktiviti lain seperti menyiram pokok bunga dan bersenam," katanya.

Artikel Berkaitan: