Tentera AS tembak jatuh dron Iran sasar kapal di Selat Hormuz

CENTCOM mendakwa Iran melancarkan beberapa dron serangan sehala dalam cubaan menyerang kapal komersial yang melalui Selat Hormuz.
Foto Anadolu
CENTCOM mendakwa Iran melancarkan beberapa dron serangan sehala dalam cubaan menyerang kapal komersial yang melalui Selat Hormuz. Foto Anadolu
A
A
A

HAMILTON - Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada lewat Jumaat mengumumkan bahawa tentera Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh beberapa dron Iran yang dilancarkan dalam cubaan untuk menyerang kapal komersial yang melalui Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi.

"Iran melancarkan beberapa dron serangan sehala dalam cubaan menyerang kapal komersial yang melalui Selat Hormuz. Tentera AS telah menembak jatuh kesemuanya dalam beberapa jam kebelakangan ini sementara aliran trafik di selat itu berterusan tanpa halangan,” menurut hantaran CENTCOM di platform X.

CENTCOM turut memaklumkan bahawa "laluan perdagangan antarabangsa itu kekal dibuka untuk transit.”

Kejadian itu berlaku ketika usaha diplomatik sedang dijalankan bagi meredakan ketegangan antara Washington dan Tehran, walaupun aktiviti ketenteraan masih berterusan di seluruh rantau Teluk. - Bernama-Anadolu

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!