Ribuan sertai LEGO Play Run, Suria KLCC perkukuh status hab komuniti

Francis (kanan) dan tetamu kehormat menyempurnakan pelepasan Suria KLCC x LEGO® 'Play Run 2026' pada Sabtu.
Francis (kanan) dan tetamu kehormat menyempurnakan pelepasan Suria KLCC x LEGO® 'Play Run 2026' pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Suria KLCC mahu terus memainkan peranan sebagai hab komuniti yang menghubungkan masyarakat menerusi pelbagai program berimpak tinggi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan.

Menurutnya, penganjuran Suria KLCC x LEGO® Play Run 2026 membuktikan ruang awam dan pusat beli-belah mampu menjadi platform yang menyatukan masyarakat melalui aktiviti yang menyeronokkan, mendidik serta memberi manfaat kepada kesejahteraan komuniti.

“Suria KLCC akan terus memperkenalkan pelbagai inisiatif yang menggalakkan interaksi sosial, gaya hidup sihat dan pembangunan komuniti sejajar dengan keperluan masyarakat masa kini.

“Kami mahu Suria KLCC menjadi lebih daripada sekadar destinasi membeli-belah. Apabila pengunjung menikmati pengalaman yang bermakna dan berkongsi pengalaman tersebut, ia membantu membina komuniti yang lebih erat dan berdaya tahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejayaan penganjuran Suria KLCC x LEGO® Play Run 2026, yang melabuhkan tirainya dengan penuh meriah selepas menghimpunkan ribuan peserta di KLCC Park pada Sabtu.

Suria KLCC x LEGO® 'Play Run 2026' di KLCC Park pada Sabtu disertai ribuan peserta.
Suria KLCC x LEGO® 'Play Run 2026' di KLCC Park pada Sabtu disertai ribuan peserta.

Program yang berlangsung pada 6 Jun itu merupakan acara kemuncak kepada LEGO® MY Play Festival yang diadakan dari 21 Mei hingga 7 Jun 2026, sekali gus menjadikan Suria KLCC dan KLCC Park sebagai pusat sambutan LEGO® dunia nyata terbesar pernah diadakan di Malaysia.

Acara tersebut turut mencatat sejarah sebagai LEGO® Play Run pertama di Asia Tenggara dengan menarik penyertaan keluarga, peminat kecergasan dan penggemar LEGO® daripada pelbagai peringkat umur.

Artikel Berkaitan:

Larian santai sejauh dua kilometer itu menggabungkan elemen kecergasan fizikal, interaksi dunia nyata dan pengalaman permainan interaktif menerusi beberapa hentian aktiviti yang disediakan sepanjang laluan di sekitar KLCC Park.

Francis berkata, program berkenaan memberi peluang kepada ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa berkualiti bersama menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan.

“Dalam dunia digital hari ini, ramai kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dengan peranti elektronik. Program seperti ini memberi peluang kepada mereka untuk bermain, berinteraksi dan mengeratkan hubungan bersama keluarga.

“Kami amat gembira melihat penyertaan yang begitu menggalakkan termasuk keluarga yang membawa anak-anak kecil untuk bersama-sama menikmati pengalaman ini,” katanya.

Larian santai sejauh dua kilometer itu menggabungkan elemen kecergasan fizikal, interaksi dunia nyata dan pengalaman permainan interaktif menerusi beberapa hentian aktiviti yang disediakan sepanjang laluan di sekitar KLCC Park.
Larian santai sejauh dua kilometer itu menggabungkan elemen kecergasan fizikal, interaksi dunia nyata dan pengalaman permainan interaktif menerusi beberapa hentian aktiviti yang disediakan sepanjang laluan di sekitar KLCC Park.

Beliau berkata, Suria KLCC sentiasa komited untuk melangkaui peranan sebagai pusat beli-belah dengan membawakan pengalaman interaktif bertaraf dunia yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat.

“Kerjasama bersejarah bersama LEGO® Group ini membuktikan komitmen kami dalam menggabungkan falsafah pembelajaran praktikal LEGO® dengan kempen tahunan kesihatan mental dan fizikal Suria KLCC.

“Sambutan luar biasa terhadap Play Run 2026 serta maklum balas positif terhadap inisiatif Safe Space menunjukkan masyarakat hari ini amat mendambakan interaksi dunia nyata dan persekitaran yang menyokong kesejahteraan menyeluruh,” ujarnya.

Selain larian interaktif, festival berkenaan turut menjadi platform utama kepada kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) Suria KLCC yang memfokuskan kepada kesihatan mental komuniti menerusi inisiatif Safe Space yang berlangsung dari 25 Mei hingga 7 Jun.

Program tersebut menampilkan pelbagai bengkel pendidikan, aktiviti terapi praktikal dan sokongan psikologi dengan kerjasama Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), The Befrienders Kuala Lumpur, IHH Healthcare dan Petrosains.

Suria KLCC x LEGO® 'Play Run 2026' memberi peluang kepada ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa berkualiti bersama menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan.
Suria KLCC x LEGO® 'Play Run 2026' memberi peluang kepada ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa berkualiti bersama menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan.

Pada sebelah malam, pengunjung turut disajikan dengan pertunjukan LEGO® 3D Projection Mapping yang dipancarkan pada bangunan Suria KLCC dari jam 8 malam hingga 10 malam pada 6 dan 7 Jun.

Pertunjukan visual itu memaparkan animasi pembinaan blok LEGO® berskala besar yang menggabungkan elemen budaya bermain global dan simbol warisan Malaysia, sekali gus menarik perhatian ribuan pengunjung di kawasan Esplanade.

Sepanjang festival berlangsung, pelbagai aktiviti turut diadakan di seluruh presint Suria KLCC termasuk replika Menara Berkembar Petronas yang dibina menggunakan lebih 51,000 blok LEGO®, stesen digital LEGO® Minifigure Converter dan pameran budaya makanan pasar malam Malaysia.

Kawasan Esplanade pula dimeriahkan dengan LEGO® Football Play Arena bersempena Piala Dunia FIFA 2026 yang menampilkan bola sepak gergasi kembung, permainan foosball manusia dan paparan khas menghargai legenda bola sepak moden.

Francis turut memaklumkan Suria KLCC menerima lebih 15 juta pengunjung setiap tahun, manakala jumlah kehadiran pada hujung minggu lazimnya mencecah antara 130,000 hingga 150,000 pengunjung.

Suria KLCC x LEGO® Play Run 2026 dijayakan menerusi kerjasama bersama KLCC Holdings Sdn Bhd dan IHH Healthcare sebagai Rakan Kesihatan Rasmi, dengan sokongan perubatan daripada Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Hospital Pantai Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Prince Court.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!