Pegawai, anggota tentera Lubnan terkorban dalam serangan udara Israel

Tentera Israel terus melancarkan serangan di Lubnan meskipun gencatan senjata yang rapuh masih berkuat kuasa.
Tentera Israel terus melancarkan serangan di Lubnan meskipun gencatan senjata yang rapuh masih berkuat kuasa.
A
A
A

ISTANBUL- Beberapa anggota tentera Lubnan, termasuk seorang pegawai, terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah kenderaan tentera di selatan Lubnan, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik tentera Lubnan dan Agensi Berita Nasional (NNA) milik kerajaan.

Tentera Lubnan menerusi platform media sosial X pada Sabtu memaklumkan serangan itu berlaku di jalan Khardali-Nabatieh, namun tidak menyatakan jumlah sebenar anggota tentera yang terkorban.

"Seorang pegawai tentera Lubnan berpangkat brigedier jeneral dan pemandunya terbunuh dalam serangan udara yang menyasarkan kenderaan pacuan empat roda dinaikinya di jalan Khardali-Jarmaq (sebuah perbandaran di Nabatieh),” menurut NNA.

Tentera Israel terus melancarkan serangan di Lubnan meskipun gencatan senjata yang rapuh masih berkuat kuasa, di tengah-tengah usaha diplomatik berterusan untuk mengekalkannya dan mengelakkan ia daripada gagal.

Menurut pegawai Lubnan, lebih 3,550 orang terbunuh manakala lebih 10,800 cedera dalam serangan Israel di Lubnan sejak 2 Mac.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!