Sungai Meru bertukar warna putih

Air Sungai Meru bertukar putih didakwa akibat sisa buangan industri berhampiran
Air Sungai Meru bertukar putih didakwa akibat sisa buangan industri berhampiran
A
A
A

IPOH - Sungai Meru yang menjadi lubuk kaki pancing didakwa dicemari dengan sisa buangan industri di Jelapang di sini.

Sebuah video berdurasi 4 minit yang tular di laman sosial menunjukkan keadaan air sungai yang bertukar warna putih dan dipenuhi buih didakwa menyebabkan beribu ikan telah mati.

Dalam video itu, penduduk meminta tindakan segera diambil apabila dikatakan telah berlarutan hampir 20 tahun.

"Tolong sapa boleh tag kementerian. Perkara ini dah 20 tahun dah, tidak pernah ada tindakan. Bukan sikit... Merayu kepada kementerian.

"Macam-macam ikan semua ada akan mati. Timbul ikan hanyut macam itu sahaja. Tolong sangat, merayu tolong, share, komen, tag kementerian. Tiap-tiap bulan macam ini," katanya.

Rakaman video menunjukkan buih putih memenuhi Sungai Meru didakwa menyebabkan kematian beribu ikan.
Rakaman video menunjukkan buih putih memenuhi Sungai Meru didakwa menyebabkan kematian beribu ikan.

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan Facebooknya telah menerima aduan tersebut.

"Pihak kami telah berhubung dengan pihak pengadu untuk mendapatkan beberapa maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Pihak Jabatan Alam Sekitar akan menyiasat dan mengambil tindakan susulan selepas mendapat maklumat diperlukan. Terima kasih atas keprihatinan semua pihak," katanya.

Menurutnya, satu kenyataan rasmi akan dibuat pada jam 3 petang ini.