Ahmad Fadzli YDP MPK baharu

AHMAD FADZLI
AHMAD FADZLI
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Kluster Pembangunan Pengurusan dan Inovasi Institut Tadbiran Awam Negara, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Klang (MPK) baharu berkuatkuasa semalam.

Memetik laporan akhbar berbahasa Inggeris, pelantikan Ahmad Fadzli itu adalah bagi menggantikan bekas YDP MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin yang dipindahkan pada pertengahan November tahun lalu.

Menerusi kunjungan rasminya ke MPK semalam, Ahmad Fadzli turut berkesempatan mengedarkan topeng muka dan barangan keperluan asas kepada ahli majlis dan Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam (Pekerti) MPK di Dewan Datuk Hamzah.

Di samping itu, beliau turut diberi taklimat berhubung situasi semasa Covid-19, termasuk peranan dimainkan MPK dalam memerangi wabak berkenaan.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya menerusi akaun Facebook rasminya turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ahmad Fadzli bagi memegang jawatan itu.

"Pentadbiran ini merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Ahmad Fadzli yang dilantik sebagai YdP MPK yang baharu berkuat kuasa 9 April," katanya.

Artikel Berkaitan: