Ingkar PKP sebab nak beli ikan siap siang


Nik Ezanee memeriksa pengguna jalan raya yang melalui sekatan jalan raya di Jalan PJU 7/1 Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, hari ini.
Nik Ezanee memeriksa pengguna jalan raya yang melalui sekatan jalan raya di Jalan PJU 7/1 Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Terdapat orang ramai masih memberikan alasan remeh untuk keluar rumah dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antaranya dengan mengatakan mahu ke pasar untuk membeli ikan yang sudah siap disiang.

Itu antara alasan diberi segelintir penduduk Mutiara Damansara ketika ditanya petugas keselamatan semasa sekatan jalan raya (SJR) di Jalan PJU 7/1 Mutiara Damansara, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, keadaan lalu lintas di lokasi SJR baharu itu masih terkawal, namun, ada sebahagian penduduk dari kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang melalui kawasan tersebut dengan alasan untuk membeli barangan keperluan di kawasan ini.

"Kita telah nasihatkan mereka untuk membeli barang keperluan di kawasan berhampiran, malah terdapat penduduk di Mutiara Damansara yang keluar dengan memberi alasan mahu pergi ke pasar di luar kawasan untuk membeli ikan yang sudah disiang.

"Itu alasan remeh dan kita telah mengarahkan mereka untuk buat pusingan U,” katanya kepada pemberita di SJR di sini, hari ini.

Nik Ezanee memeriksa pengguna jalan raya yang melalui sekatan jalan raya di Jalan PJU 7/1 Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, hari ini.
Nik Ezanee memeriksa pengguna jalan raya yang melalui sekatan jalan raya di Jalan PJU 7/1 Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Tambahnya, masyarakat diminta supaya meningkatkan kesabaran bagi sama-mana mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda negara ketika ini.

Selain itu, Nik Ezanee turut memaklumkan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menerima bantuan kekuatan pegawai dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi membantu penugasan Op Covid-19 di daerah ini.

“Hari ini adalah hari pertama empat pegawai dan 80 anggota FRU ditugaskan di lima sekatan jalan raya di daerah ini.

Artikel Berkaitan:

“Kami amat mengalu-alukan kehadiran mereka membantu penugasan sekatan jalan raya di daerah ini sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan sebanyak sembilan kompaun bagi Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Akta 324) dikeluarkan di daerah ini, semalam.

“Semua sembilan individu berkenaan membabitkan warga tempatan dikenakan tindakan kompaun RM1,000 selepas memberi alasan remeh apabila berkumpul kerana hanya kerana mahu minum teh bersama rakan dan menghantar barang," katanya.