Belum mahu mengalah, malim gunung mulakan kembali pencarian dari laluan asal

Muzafar
Muzafar
A
A
A

TAPAH - Kumpulan malim gunung yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita hilang, Jaslinda Saludin, 49, merangka strategi baharu untuk memasuki semula laluan asal yang dipercayai digunakan mangsa.

Penyelaras Kerja Malim Gunung SAR Jaslinda, Muzafar Mohamad berkata, pendekatan itu diambil bagi memastikan semua kemungkinan diteliti, termasuk andaian mangsa mungkin terlepas daripada laluan yang telah diperiksa sebelum ini.

Menurutnya, laluan yang akan digunakan bermula dari Gunung Bah Gading menuju ke Gunung Batu Putih iaitu trek asal yang dilalui Jaslinda sebelum dilaporkan hilang.

“Langkah ini juga bagi melengkapkan semula pencarian dan memberi kepastian kepada semua pihak termasuk keluarga. Kita mahu pastikan tiada kawasan yang terlepas daripada perhatian,” katanya kepada Sinar Harian.

Walaupun operasi SAR kini diteruskan dalam skala yang kecil, kumpulan malim gunung bersedia meneruskan pencarian dengan kekuatan sekitar 20 anggota dalam satu-satu masa.
Walaupun operasi SAR kini diteruskan dalam skala yang kecil, kumpulan malim gunung bersedia meneruskan pencarian dengan kekuatan sekitar 20 anggota dalam satu-satu masa.

ARTIKEL BERKAITAN

Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih

'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan

Artikel Berkaitan:

Kronologi kehilangan Jaslinda

Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat

Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda

Ops Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskan

Ops Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu

Beliau yang juga Malim Gunung Perhutanan (MGP) Perak berkata, tumpuan turut akan diberikan kepada kawasan sekitar lokasi jejak terakhir mangsa yang disahkan kira-kira 100 meter dari Gunung Rayu sebelum diperluaskan ke arah sempadan Pahang.

“Berdasarkan penilaian topografi oleh malim, sekiranya mangsa tersasar laluan, ada kemungkinan beliau bergerak ke arah Pos Titom atau Pos Lenjang. Jadi, pencarian akan diperluaskan ke arah tersebut,” jelasnya.

Tambah Muzafar, pendekatan itu juga mengambil kira hakikat bahawa operasi sebelum ini lebih tertumpu di kawasan sebelah Perak, sekali gus membuka keperluan untuk meninjau kemungkinan laluan keluar ke negeri jiran.

Sementara itu, beliau berkata, walaupun operasi SAR kini diteruskan dalam skala yang kecil, kumpulan malim gunung bersedia meneruskan pencarian dengan kekuatan sekitar 20 anggota dalam satu-satu masa.

Katanya, seramai 15 orang akan digerakkan sebagai pasukan pencari manakala lima lagi ditempatkan di pangkalan bagi menyelaras logistik dan pergerakan.

“Walaupun dalam skala kecil, kita akan susun operasi secara terancang supaya liputan kawasan lebih efektif.

Sejak operasi SAR digerakkan 24 Mei lalu, lebih 50 malim gunung dari beberapa negeri termasuk Perak, Pahang, Selangor, Johor dan Kelantan telah terlibat secara langsung dalam misi pencarian Jaslinda.
Sejak operasi SAR digerakkan 24 Mei lalu, lebih 50 malim gunung dari beberapa negeri termasuk Perak, Pahang, Selangor, Johor dan Kelantan telah terlibat secara langsung dalam misi pencarian Jaslinda.

"Lagipun kami masih memegang amanah dana sumbangan awam yang diberikan oleh masyarakat. Dana tersebut setakat ini mencukupi untuk kami menjalankan operasi sendiri bagi terus menjejaki mangsa dengan kebenaran pihak berkuasa,” katanya.

Muzafar memaklumkan, sejak operasi SAR digerakkan 24 Mei lalu, lebih 50 malim gunung dari beberapa negeri termasuk Perak, Pahang, Selangor, Johor dan Kelantan telah terlibat secara langsung dalam operasi tersebut.

“Alhamdulillah tiada kecederaan serius, cuma kejang biasa akibat keletihan. Semangat semua masih kuat untuk teruskan pencarian,” katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!