Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri

 Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri hingga 3 petang ini.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri hingga 3 petang ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri hingga 3 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran itu dalam kenyataan yang memaklumkan, ia melibatkan Perlis, Pulau Pinang dan Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda).

Keadaan sama dijangka melanda Sarawak melibatkan kawasan Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).

Di Sabah pula kawasan yang terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar dan Penampang). - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!