Adun Jeram buat hal lagi!

Mohd Shaid (tengah) bergambar kenangan bersama murid SK Puncak Alam 3, pagi tadi.
Mohd Shaid (tengah) bergambar kenangan bersama murid SK Puncak Alam 3, pagi tadi.
A
A
A

PUNCAK ALAM - Walaupun dikritik teruk gara-gara agihan beg yang terpampang wajah beliau namun Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli tidak serik malah meneruskan sumbangan baju pula.

Lebih menarik, sumbangan 10,000 baju kemeja dan kurung itu mula diagihkan hari ini secara berperingkat kepada 10 sekolah rendah di dalam Dun Jeram.

Kata Mohd Shaid, pemberian beg dan baju sekolah ini mungkin yang pertama sekali dianjurkan di negeri ini membabitkan semua murid sekolah rendah di dalam Dun.

"Memang tak nafikan sebelum ini agihan beg yang ada gambar muka saya tular sampai satu negara tahu tapi baguslah... mereka dah kenal Dun Jeram.

"Mungkin orang lain 'panas' tapi bagi saya, agihan yang tak pilih-pilih kaum ini ada baiknya dan ibu bapa kebanyakannya berterima kasih atas sumbangan ini.

Label nama Adun Jeram yang ditampal pada baju yang disumbangkan kepada 10 sekolah dalam Dun Jeram.
Label nama Adun Jeram yang ditampal pada baju yang disumbangkan kepada 10 sekolah dalam Dun Jeram.

"Bila nampak mereka pakai beg seragam, saya pun seronok. Lagipun ada anak penduduk yang tak mampu nak beli beg baharu seronok dapat sumbangan in," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sumbangan Baju Sekolah Adun Jeram melibatkan 1,600 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 3, pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

Bendahari Bersatu Selangor itu menjelaskan, pihaknya mahu membawa satu perubahan kepada Dun Jeram khususnya sektor pendidikan anak penduduk.

"Sumbangan ini adalah langkah pertama dan nanti saya akan buat satu mesyuarat membabitkan sekolah dalam Dun Jeram.

" Mesyuarat ini nanti akan membincangkan lebih mendalam mengenai keperluan sekolah yang wajar dibangkitkan dan penjelasan umum mengenai bajet Adun," katanya.