X

Kindly register in order to view this article
!

Ratusan ikan terdampar bukan petanda bencana alam

Gambar ratusan ikan kikek terdampar di pantai Tanjung Rhu tular di media sosial hari ini.
A
A

ALOR SETAR - Ratusan ikan kikek yang terdampar di pantai Tanjung Rhu, Pulau Langkawi di sini tiada kaitan dengan petanda kejadian bencana alam.

Pegawai Perikanan Daerah Langkawi, Azahar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati ikan berkenaan adalah ikan yang dibuang oleh nelayan pukat hanyut di tengah laut yang kemudiannya terdampar di pantai berkenaan.

Menurutnya, ini kerana nelayan hanya mengambil ikan bersaiz besar manakala ikan bersaiz kecil dibuang ke laut sehingga mencemarkan pantai.

"Pejabat Perikanan masih menyiasat dalang di sebalik tindakan tidak bertanggungjawab ini.

"Kejadian ini juga tiada kaitan dengan bencana alam yang kononnya akan berlaku di kawasan itu," katanya.

Beberapa gambar ratusan ikan kikek terdampar di pantai berkenaan tular di media sosial hari ini dan orang ramai mula mengaitkan kejadian itu dengan bencana alam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus