Ahmad Jazlan dilantik pengerusi baharu MPOB

Ahmad Jazlan
Ahmad Jazlan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Machang dan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang baharu, berkuat kuasa 8 April 2020.

Dalam satu kenyataan hari ini, MPOB berkata, Ahmad Jazlan menggantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang telah berkhidmat sehingga 31 Mac 2020.

Pelantikan itu diumumkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, pengurusan MPOB menaruh keyakinan bahawa pengalaman Ahmad Jazlan akan membantu melonjakkan pembangunan mampan industri sawit negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: