Ahli Majlis MBSA main badminton didenda RM1,000

Antara beberapa gambar Ahli Majlis MBSA terbabit bersama tiga rakannya yang tular di laman sosial hingga menimbulkan kemarahan warganet kerana ingkar PKP
Antara beberapa gambar Ahli Majlis MBSA terbabit bersama tiga rakannya yang tular di laman sosial hingga menimbulkan kemarahan warganet kerana ingkar PKP
A
A
A

SHAH ALAM – Seramai empat individu termasuk seorang Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang ditahan kerana bermain badminton dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), didenda RM1,000 setiap seorang.

Jurucakap Khas Ops Covid-19 Polis Selangor, Asisten Komisioner Mohd Ismail Muslim berkata, kesemua individu itu dituduh secara berasingan di Mahkamah Shah Alam pada 7 dan 8 April lalu.

Asisten Komisioner Mohd Ismail Muslim -Foto Bernama
Asisten Komisioner Mohd Ismail Muslim -Foto Bernama

“Mereka telah dihukum mengikut Peraturan 11 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (langkah-langkah di dalam kawalan tempatan jangkitan 2020), mereka telah membayar denda,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kotinjen Selangor, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Ahli Majlis MBSA, tiga rakan ditahan main badminton

[ARTIKEL BERKAITAN] - MBSA serah kepada polis berhubung Ahli Majlis langgar PKP

Pada Jumaat lalu, seorang Ahli Majlis MBSA dan tiga rakannya ditahan polis kerana melanggar arahan PKP dengan bermain badminton di Dewan MBSA, Seksyen 25, di sini.

Dalam perkembangan berasingan Mohd Ismail berkata, polis telah mengeluarkan kompaun kepada 24 individu yang ingkar terhadap PKP di Selangor.

“Kita telah mengeluarkan kompaun kepada 16 individu di Serdang, tujuh orang di Gombak dan seorang di Hulu Selangor, semalam,” katanya.

Dalam kenyataan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebelum ini memaklumkan, pengeluaran kompaun kepada pesalah PKP itu akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard ( SOP).

Artikel Berkaitan:

Acryl Sani memaklumkan individu yang didapati ingkar PKP akan dibawa ke balai polis sebelum diberikan kompaun dan bayaran kompaun perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh ia dikeluarkan.