Semua mayat penyelam Itali hilang ditemukan - Kerajaan Maldives

MALE - Pihak berkuasa Maldives telah menemukan dua mayat terakhir penyelam Itali yang hilang semasa aktiviti menyelam gua di Atol Vaavu, sekali gus menamatkan operasi mencari dan menyelamat selama beberapa hari, menurut media rasmi Maldives PSM News pada Rabu, lapor Xinhua.

Ketua Jurucakap Kerajaan Mohamed Hussain Shareef memberitahu PSM News bahawa mayat berkenaan ditemukan pada Rabu dengan sokongan daripada Pengawal Pantai Pasukan Pertahanan Negara Maldives, polis dan sepasukan penyelam teknikal Finland yang dihantar oleh kerajaan Itali.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyelam maut ketika cari empat mayat pelancong di gua dasar laut
Misi keluarkan mayat pelancong laut Maldives sebelum dibaham jerung
Misteri tragedi ‘gua jerung’ Maldives: Pakar dedah beberapa teori punca kematian lima penyelam
Mayat empat pelancong Itali ditemukan dalam 'gua jerung’ Maldives
Mayat pengajar selam kumpulan itu telah ditemukan pada 15 Mei, sehari selepas lima warga Itali berkenaan gagal timbul semula semasa aktiviti menyelam pada 14 Mei, lapor PSM News.

Pihak berkuasa kemudiannya menemukan dua lagi mayat pada Selasa.
Shareef berkata, para pegawai sedang berusaha untuk mengenal pasti mayat tersebut dan sedang berkoordinasi dengan kerajaan Itali untuk menghantar pulang mayat berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyelam maut ketika cari empat mayat pelancong di gua dasar laut
Misi keluarkan mayat pelancong laut Maldives sebelum dibaham jerung
'Isteri saya penyelam terbaik dunia, tak mungkin cuai'
Kesemua penyelam itu ditemukan di dalam sistem gua tempat mereka melakukan aktiviti menyelam.

Sebelum ini dilaporkan bahawa kumpulan berkenaan cuba menerokai gua pada kedalaman kira-kira 50 meter.
Mangsa termasuk seorang profesor biologi marin dari Universiti Genoa di Itali, anak perempuannya, dan dua penyelidik muda, menurut kenyataan daripada universiti berkenaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
