'Bukan gula-gula tapi dadah'

Polis menahan seorang pekerja penghantar makanan ketika sekatan jalan raya di susur keluar MPK Jambatan Kota, Klang kelmarin.
Polis menahan seorang pekerja penghantar makanan ketika sekatan jalan raya di susur keluar MPK Jambatan Kota, Klang kelmarin.
A
A
A

KLANG - Seorang pekerja penghantar makanan dipercayai dijadikan mangsa ahli sindiket untuk menghantar dadah yang disorokkan dalam bungkusan gula-gula.

Taktik sindiket itu terbongkar selepas pekerja terbabit ditahan polis ketika sekatan jalan raya dalam Op Covid-19 kira-kira jam 4.30 petang di susur keluar Majlis Perbandaran Klang (MPK) Jambatan Kota di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki berusia 21 tahun itu ditahan bersama dadah dalam bungkusan gula-gula tersebut.

"Lelaki terbabit menyatakan dia dalam perjalanan untuk menghantar bungkusan tersebut ke kawasan Bukit Raja, Klang.

"Kita rampas dadah disyaki syabu seberat 1.14 gram," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Shamsul Amar Ramli
Shamsul Amar Ramli

Menurutnya, lelaki terbabit dipercayai dimanipulasi ahli sindiket untuk menghantar dadah terbabit kepada individu lain dengan menggunakan khidmat penghantar makanan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Siasatan masih dijalankan dan polis menjejaki dalang serta suspek terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: