X

Kindly register in order to view this article
!

Bursa Malaysia ditutup rendah

A
A

BURSA Malaysia ditutup rendah hari ini selepas mencatatkan kenaikan dua hari berturut-turut dengan sentimen menjadi negatif berikutan peningkatan jumlah kematian serta kes yang dijangkiti pandemik koronavirus (Covid-19) di negara-negara sedang pesat membangun.

Pada jam 5 petang, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.53 mata atau 0.62 peratus kepada 1,361.39 daripada 1,369.92 pada paras penutup Selasa.

Indeks itu dibuka rendah turun 3.46 mata kepada 1,366.46 dan bergerak antara paras 1,358.20 dan 1,367.16 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 617 berbanding 316 manakala 318 kaunter tidak berubah, 669 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 5.36 bilion saham bernilai RM2.66 bilion daripada 6.60 bilion saham bernilai RM3.36 bilion sebelumnya.

Jumlah kematian harian daripada pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat melebihi 1,800 orang pada Selasa yang merupakan paras tertinggi baharu global bagi bilangan kematian berkaitan dengan pandemik itu dalam satu hari.

Kebimbangan terhadap Covid-19 telah menyebabkan Dow Jones Industrial Index jatuh 0.12 peratus kepada 22,653.86, S&P 500 turun 0.16 peratus kepada 2,659.41 manakala Nasdaq Composite susut 0.33 peratus kepada 7,887.26.

Di dalam negara, penutupan enam kawasan ladang sawit di Sabah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Kalabakan telah menyebabkan kerugian bagi syarikat perladangan.

Kaunter Sime Darby Plantation turun 29 sen kepada RM4.76, KLK susut 56 sen kepada RM20.70 dan PPB jatuh 42 sen kepada RM16.26. Kesemua kaunter-kaunter itu menyumbang 5.817 mata kepada penurunan indeks komposit.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM7.87, IHH meningkat dua sen kepada RM5.14, Tenaga turun 26 sen kepada RM11.94 dan Public Bank turun lapan sen kepada RM15.82.

Dalam kalangan kaunter untung utama, Shangri-La meningkat 29 sen kepada RM4.59, Rapid naik 28 sen kepada RM6.08 dan Allianz-Pa menokok 20 sen kepada RM12.80.

Sementara itu, kaunter paling cergas didominasi oleh saham pembinaan dan tenaga.

Ekovest naik 1.5 sen kepada 46 sen, Gamuda-We meningkat 2.5 sen kepada 14.5 sen dan Hibiscus Petroleum susut tiga sen kepada 50.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 66.44 mata kepada 9,411.27, Indeks FBMT 100 susut 61.06 mata kepada 9,306.71 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 80.10 mata kepada 10,322.45.

FBM 70 turun 83.71 mata kepada 11,000.49 dan FBM ACE berkurangan 147.23 mata kepada 4,085.67.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 17.83 mata kepada 12,398.47, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.11 mata kepada 109.22 dan Indeks Perladangan jatuh 176.05 mata kepada 6,175.76.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 3.99 bilion saham bernilai RM2.43 bilion daripada 4.63 bilion saham bernilai RM3.02 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran turun kepada 329.02 juta unit bernilai RM65.62 juta berbanding 479.01 juta unit bernilai RM103.88 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 1.04 bilion saham bernilai RM161.31 juta daripada 1.49 bilion saham bernilai RM236.29 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 501.01 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (514.43 juta), pembinaan (900.95 juta), teknologi (315.66 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (56.36 juta), hartanah (456.40 juta), perladangan (97.34 juta), REITs (11.99 juta), dana tertutup (10,000), tenaga (884.57 juta), penjagaan kesihatan (30.66 juta), telekomunikasi dan media (88.36 juta), pengangkutan dan logistik (99.19 juta) dan utiliti (33.72 juta). - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf