Lelaki dilarang lawat tapak warisan dunia selepas tolak monyet

Tindakan seorang lelaki yang cuba menolak seekor monyet ketika melawat Gunung Emei mengundang padah. Foto video tular
Tindakan seorang lelaki yang cuba menolak seekor monyet ketika melawat Gunung Emei mengundang padah. Foto video tular
A
A
A

SICHUAN - Seorang pelancong dikenakan larangan melawat tapak Warisan Dunia UNESCO, Gunung Emei di China, selama tiga tahun.

Hukuman itu diberikan selepas tular satu video yang menunjukkan lelaki tersebut menolak dan mengasari seekor monyet jenis macaque Tibet.

Monyet liar itu merupakan spesies yang dilindungi di wilayah berkenaan.

Menurut laporan, tindakan tegas itu mencerminkan komitmen pihak berkuasa tempatan dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan hidupan liar yang dilindungi.

Pihak pengurusan di lokasi-lokasi pelancongan utama China memandang serius sebarang bentuk perbuatan tidak beretika terhadap haiwan.

Pelbagai bentuk penalti termasuk larangan masuk antara satu hingga lima tahun dan juga larangan seumur hidup, sering dikuatkuasakan bagi mengelakkan penderaan serta ancaman terhadap haiwan di kawasan berkenaan.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!