Geng Hanifa, Geng Boneng tumpas

Shafa'aton (dua dari kanan) bersama sebahagian rangka motosikal yang dijumpai semula selepas dibuang ke dalam sungai oleh Geng Hanifa.
Shafa'aton (dua dari kanan) bersama sebahagian rangka motosikal yang dijumpai semula selepas dibuang ke dalam sungai oleh Geng Hanifa.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Polis berjaya menyelesaikan 55 kes pecah rumah, curi motosikal dan kes ragut sekitar ibu negara dan beberapa daerah di Selangor termasuk Sungai Buloh, Shah Alam, Petaling Jaya dan Gombak selepas berjaya menumpaskan Geng Hanifa dan Geng Boneng.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kedua-dua kumpulan itu ditumpaskan dalam dua serbuan di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh dan di Batu 5, Meru, Klang pada 27 dan 28 Mac lalu.

Menurutnya, polis menahan dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun di Paya Jaras selepas menunggang sebuah motosikal KTM Duke yang menggunakan nombor plat palsu.

“Hasil siasatan, suspek membawa polis ke sebuah rumah dan kawasan sungai yang dijadikan tempat mereka melerai komponen dan melupuskan tujuh rangka motosikal pelbagai jenis yang dicuri.

Pemotong besi dan peralatan pecah rumah yang dirampas dari Geng Boneng.
Pemotong besi dan peralatan pecah rumah yang dirampas dari Geng Boneng.

“Polis turut menemui sejumlah kad ATM, kad kredit serta telefon bimbit yang dipercayai hasil aktiviti samun dan ragut kumpulan terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, seorang lelaki tempatan bersama enam warga Indonesia ditahan selepas terlibat dalam 10 siri kejadian pecah rumah dalam Ops Rentap.

“Kumpulan ini menyasarkan rumah teres atau unit banglo yang terletak berhampiran belukar dan hutan.

Artikel Berkaitan:

“Suspek akan mengikat dan menakutkan mangsa dengan mengguna parang dan meminta menyerahkan barangan berharga sebelum meloloskan diri ke dalam kawasan belukar,” katanya.