PKP: Bagi alasan mandi laut sebab panas

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

PASIR PUTEH - Mandi laut untuk menyejukkan badan di musim panas antara alasan tidak masuk akal yang diberikan dua lelaki berusia 40-an ketika dicekup di kawasan Pantai Tok Bali di sini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden Mohd Azmir Damiri berkata, kedua-dua lelaki itu didapati bersalah di mahkamah dan didenda RM1,000 seorang kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Polis tidak akan berkompromi dengan mereka yang melanggar PKP," katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini hari ini.

Menurutnya, polis Pasir Puteh menahan seramai 48 lelaki berusia antara 14 hingga 68 tahun sepanjang tempoh PKP.

"Kita akan perketatkan lagi pemeriksaan di tiga Sekatan Jalan Raya utama di negeri ini iaitu Bukit Yong, Tok Ajam dan Alor Hijau," katanya.

Artikel Berkaitan: